Assalamua'laikum W.B.T
Alhamdulillah,seklai lagi ana diberi peluang untuk berkongsi sedikit pendapat dari diri yang fakir ini bersama pembaca2 di sini.Seringkali kita terlupa dan alpa dengan segala yang telah Allah kurniakan kepada kita.X salah kalau saya katakan hampir setiap hari kita merungut akan sesuatu yang kita x dapat.X sedar ke dengan apa yang kita dapat?Adakah kita sedar apa yang kita dapat orang lain mungkin x dapat?
"Sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah."
(Al-ma'rij,19-20)
Kita lebih cenderung untuk melihat apa yang kita x dapat,sebaliknya kita gagal untuk mensyukuri apa yang kita ada.Seringkali kita persoalkan,kenapa orang laen dapat itu,dapat ini…yang kita ni apa pun x dapat!!!Kita perlu berhati-hati,kerana sebaik sahaja kita berfikiran sedemikian,kita seolah-olah mempertikaikan pembahagian rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.Sebagai Muslim,kita harus percaya Allah maha Adil dan Saksama.Segala yang telah ditetapkan untuk kebaikan kita juga.Setiap manusia diberikan rezeki yang sma,Cuma dalam bentuk yang berbeza-beza.Ana lebih suka memberi situasi agar kita lebih peka dengan keadaan semasa yang mungkin juga melibatkan diri kita sendiri
1.Seorang yang tidak mempunyai kekayaan sestiasa mengeluh bila tengok rumah besar2,kereta mahal2 dan pakaian2 yang digunakan oleh rakan mereka yang kaya.Mereka seakan-akan merasakan tidak adil kalau mereka pun x dapat bende yang sama.Bahkan usaha yang mereka letakkan juga setaraf dengan apa yang rakan2 mereka itu telah lakukan.Namun mereka terlepas pandang akan apa yang telah mereka ada,tapi rakan2 kaya itu x ada.Boleh saja mereka ini mempunyai isteri/suami yang baik dan anak2 yang soleh serta dikurniakan dengan kesihatan yang baik.Namun tidak pula bagi mereka yang kaya itu,kehidupan mereka mungkin x seindah yang disangkakan.Boleh saja mereka ini menghidap penyakit yang berbahya,kehidupan keluarga yang kurang harmoni atau apa2 saja.Perkara ini yang kita selalu terlepas pandang.Kita hanya melihat harta sebagai kekayaan mutlak,walhal kesihatan dan keluarga bahagia adalah harta yang paling berharga di dunia ini.
2.Seorang pelajar yang sedang menuntut di universiti berasa tertekan akan keputusan peperiksaannya.Pelajar ini sering membandingkan dirinya dengan seorang rakan yang lain,selalu sahaja mendapat keputusan yang baik.Bila tengok balik cara belajar,pelajar ini lebih kuat dan rajin belajar kalau nak disbanding dengan rakannya.Namun keputusan peperiksaan sering memihak kepada rakannya.Maka pelajar ini merasakan cukup x adil untuk diperlakukan sedemikian rupa.Namun dia x nampak apa yang terselindung disebalik perkara ini.Walaupun keputusan yang diperoleh x cemerlang namun masih boleh dikira baik.Bahkan dia mempunyai ramai rakan2 yang saling bantu-membantu dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang disekelilingnya.Ini kerana akhlak yang sering terjaga rapi membuatkan dia disenangi ramai.Lain pula kisahnya dengan rakan dia,yang mana dilihat sering berseorangan dek kerana perlakuannya kurang disenangi ramai pihak.Perlu diingat,kecemerlangan ketika belajar tidak menjamin kecemerlangan dalam alam pekerjaan.Ramai saja yang memperoleh keputusan yang biasa2 saja ketika belajar tetap cemerlang dalam alam pekerjaan.Dan yang plaing penting peperiksaan akademik bukan segalanya,yang paling utama adalah UJIAN KEHIDUPAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan