Assalamua'laikum W.B.T
Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi yang telah mengurniakan nikmat yang terhingga kepada kita semua.Perlu kita ingat supaya sentiasa bersyukur walau apapun musibah yang menimpa kita,kerana setiap ujian itu adalah tanda sayangnya Allah kepada kita.Tidak seharusnya kita memandang ujian itu sebagai satu musibah,sebaliknya satu nikmat kepada kita.Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa bersyukur.
Apa sebenarnya yang kita faham dengan terma PENCURI?Sedar atau tidak sebenarnya hampir semua antara kita adalah pencuri?Kenapa ana berkata macam tu?sebab ana ada definisi sendiri kepada pencuri iaitu:-
1.Persendirian
Apa yang dimaksudkan dengan persendirian adalah perbuatan mencuri yang dilakukan oleh seseorang itu hanya melibatkan dirinya saja.Kebanyakan kita tergolong dalam golongan ini.Telah kita sedia maklum tujuan kita diciptakan di muka bumi adalah untuk beribadat dan mentauhidkan Allah.Maka dengan itu masa 24 jam yang diperuntukan dalam sehari itu khusus untuk kita beribadah sahaja.Apa?rigid sangat?...mane ade rigid sebab ibadah itu sendiri bukan bermaksud sentiasa berada di atas sajadah.Segala apa yang kita buat tanpa kelalaian kepada Allah,itulah ibadah.Maka apa pula yang dimaksudkan dengan mencuri?...Bila kita memilih untuk malakukan sesuatu dalam kehidupan seharian kita,yang telah kita tahu pasti melalaikan…pada ketika itulah kita telah mencuri masa kita sendiri.Kerana Allah dah tetapkan masa itu untuk beribadah,tapi kita curi masa tersebut untuk lalai dari mengingati Allah.
2.Bersama
Bersama ini pula merujuk kepada 'pencuri' yang sering dirujuk oleh kita iaitu orang yang mencuri hak atau harta persendirian orang lain.Dahlah mencuri masa dia sendiri untuk berbuat kejahatan,sanggup pulak melibatkan orang lain.Berapa banyak dosa yang ditanggung?itu bukan dalam jangkauan akal kita,hanya Allah yang lebih mengetahui.Cuma apa yang hairan adalah dari mana terdetik di dalam hati mereka untuk mencuri?Ana sendiri tidak mempunyai jawapan kepada soalan tersebut.Yang pasti,bagi mereka yang menjadi mangsa kepada 'pencuri' ini,bersabarlah kerana mungkin ini salah satu cara untuk menghapuskan dosa2 yang lalu.Mungkin saja dengan ketiadaan barang yang dicuri,maka hati kita akan lebih kerap ingat kepada Allah.Sentiasalah berdoa agar pencuri itu mendapat hidayah kerana kita semua x tahu apa pengakhiran hidup kita.Mungkin saja doa kita akan menjadikan 'pencuri' itu seseorang yang berjuang di jalan Allah satu hari nanti,InsyaAllah…
Akhirulkalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan