01 September 2010

Yes!!!Aku berjaya dapat ijazah!!!


Assalamualaikum W.B.T.

InsyaAllah kali ni,ana nak berkongsi tentang satu kisah yang diceritakan dari seorang sahabat ana.Kesahihan cerita ini x dapat dipastikan,tapi mesej yang ingin ditimbulkan sangat2 penting.Tersebutlah sebuah kisah,ade seorang siswa yang telah berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang yang die belajar,dan die ni antara pelajar terbaik dekat universiti die.Sentiasa dapat *Dean List.Nak dijadikan cerita,die nak gembira sangat,mane tidaknye,belajar lama2 sampai 5-6 tahun di universiti akhirnya berjaya jugak genggam segulung ijazah.Die ajak sume kawan2 die berparti di pantai satu hari ni.Atas takdir Allah,ketika sedang berseronok mandi-manda...pelajar ni tadi lemas kat pantai tu.Belajar penat2,x sempat kerja lagi dah meniggal.Jadi semasa proses solat jenazah berakhir,imam yang mengimamkan solat tadi terdetik nak tanye kat parents die"Hmmm...agak2 belajar tinggi2 ni dapat x jawab soalan kubur nanti?"...Mak dan ayah pelajar tadi terdiam seribu bahasa~~~~

Nau'zubillah,semoga kita terpelihara dari perkara sedemikian.Apakah tujuan hidup kita?cube anda tanye diri anda masing2,renugkan sejenak.adakah kita hanya mengikut arus,belajar sekolah rendah,terus sambung sekolah menengah,ade rezeki masuk universiti,pastu keje dll.Mane kita nak letak tanggungjawab kita terhadap agama kita?
Jangan sekali-kali kita jadikan dunia sebagai tujuan utama kita.Berpandukan dunia hanya melalaikan kita,berpandulah atas al-Quran dan Sunnah,insyaAllah kita akan jumpe tujuan hidup kita.

Ayyuhal ikhwah wa akhwat!!!...kita selarikan Islam dengan kehidupan seharian kita.Paling mudah sekali bagi pelajar,banyak subjek yang kita belajar ni sangat berkait rapat dengan kekuasaan Allah.Sebagai contoh,kalau belajar geografi kat sekolah menengah cube kita fikirkan macamana Allah ciptakan permukaan bumi ni yang beraneka jenis di setiap tempat yang berbeza.Kalau belajar dekat universiti,ade yang ambik subjek anatomy,masyaAllah sangat rugi siapa yang belajar anatomy tapi masih x sedar akan kekuasaan Allah.Setiap sistem dalam badan kita,setiap posisi tulang dalam badan kita ni ade signifikannya.Cukup indah kalau kita sentiasa hidup seiring dengan perintah Allah...

Dean list=Mendapat pointer 3.5 dan ke atas
Anatomy=Pelajaran mengenai setiap inci tubuh manusia

Akhirulkalam...

31 Ogos 2010

Saya tahu rokok haram,tapi kenapa x leh merokok masa puasa???


Soalan : Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan cecair atau makanan ke mulutnya.

Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut.

Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum. Katanya;

“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan, kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai ke perut, iaitu dari asapnya.”

(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.

Sumber : Diterjemah dan disunting dari http://islamqa.com

:http://fiqhmedic.wordpress.com/

14 Ogos 2010

Ramadhan:Menahan DIRI


Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah,Allah masih memberi kekuatan kepada ana untuk terus berkongsi dengan anda semua.Kali ini ana ingin berkata sedikit sebanyak tentang maksud sebenar ramadhan.Input kali ini dipetik dari kuliah yang diberikan oleh ustaz Ishak Din.X banyak yang ingin diperkatakan,mungkin sekadar cukup untuk mengingatkan diri kita yang selalu lupa.

Tahap puasa seorang muslim boleh dibahagi kepada 3 bahagian,Umum,Khusus dan Khususul khusus.

Umum
Puasa yang merangkumi menahan diri dari makan dan minum

Khusus
Puasa yang menahan diri dalam semua aspek dari melakukan maksiat

Khususul khusus
Puasa yang lebih khusus.Sesudah menahan diri secara syumul dari melakukan maksiat,hatinya sentiasa teringat akan kebaikan.

Persoalannya,kenapa DIRI di atas ditulis dalam huruf besar?sebabnya perkataan itu cukup signifikan kepada ayat 'menahan diri'.Diri ini merujuk kepada keseluruhan diri kita,bukan sekadar mulut dan perut kita yang menahan diri dari makan.Maka,bila kita berpuasa,kita perlu untuk menjaga setiap anggota badan kita.Telinga kita dari mendengar umpatan dan perkara2 buruk.Mata kita dari melihat aurat bukan muhrim.Tangan dan kaki dari bergerak ke arah tempat maksiat.Hati kita dari memikirkan perkara sia2 dan banyak lagi.

Justeru itu,marilah kita bersama-sama memantapkan ibadah puasa kita yang pahalanya hanya Allah yang tahu.Selamat berpuasa kepada pembaca sekalian.Ana mendoakan segala matlamat anda semua tercapai InsyaAllah.

Akhirulkalam...

Sumber:Kuliah subuh 14/08/2010 oleh Ustaz Ishak Din

Betul ke nak potong kuku ada hari tertentu?


soalan:

saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

Jawapan :

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/

Ramadhan:Latihan


Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah,syukur x terhingga dipanjatkan kerana dengan izin Allah,diri ini dan pembaca sekalian masih sempat bernafas dalam bulan yang penuh berkat,rahmat dan magfirah ini.Pertamanya,ingin ana meminta maaf kerana agak lama blog ini terbiar.Perancangan Allah untuk meletakkan ana dalam keadaan yang agak sukar buat masa ini untuk terus aktif menyampaikan kata2 menerusi blog ini.InsyaAllah ana cuba yang termampu...

Pertamanya,ana cukup gembira dengan perkembangan jemaah di kawasan perumahan ana.Sebab apa?dah sedia maklum biasanya bulan ramadhan ini terawih bukan main ramai,sampai waktu solat fardhu,hmmmm....mungkin anda tahu jawapannya.Alhamdulillah,kali ini ana berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman dari medan perjuangan di kampus.Waktu solat terawih,memang surau penuh x syak lagi.Yang bestnya,waktu subuh esoknya,jemaah semakin bertambah berbanding subuh pada bulan yang lain.Biasanya nak sampai 2 saf pun susah.Tapi kali ni,sampai 4 saf setengah dari 6 saf,alhamdulillah.Begitu juga keadaannya di kampus ana,yang mana jemaah subuh masih ramai walaupun x seramai jemaah maghrib.Ana mendoakan keadaan ini akan berkekalan dan bertambah baik kelak.

Apa signifikannya situasi di atas?apa yang dapat kita lihat,bulan ramadhan menjadi medan untuk kita melipatgandakan amalan kita.Namun sedikit manfaat yang kita dapat jika hanya mengamalkannya untuk 1 bulan ini sahaja,11 bulan berikutnya kembali ke keadaan asal.Memang benar amalan kita diberi pahala berlipat ganda pada bulan ramadhan,kerana ianya sebagai inisiatif untuk kita semua BERLATIH untuk menghadapi bulan2 yg akan datang.Tidakkah kita bersyukur menjadi satu-satunya umat yang dikurniakan bulan ramadhan?

"Ana berhajat nak khatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan ni!!!"Begitulah azam kebanyakan dari kita.ALhamdulillah,kebanyakannya berjaya.Namun yang sedihnya,kebanyakan dari mereka ni,bila habis ramadhan,satu page sehari pun susah,masyaAllah.Semoga kita terpelihara dari perkara sebegini.X salah untuk khatamkan Quran,namun lebih elok kalau ianya dijadikan latihan untuk masa akan datang.Mungkin lepas ni boleh baca 1 juzuk sehari insyaAllah.Satu lagi,ana ada cadangan sikit,kalau berkenan di hati bolehlah cuba2.X kisah berapa banyak page kita baca,tapi sertakan sekali dengan terjemahannya.Moga dengan cara ni kita akan dapat memahami sedikit sebanyak isi kandungan al-Quran,disamping boleh mempelajari bahasa arab.

Sebagai renungan untuk diri ana dan anda semua,"Bulan ramadhan ini ibarat sebuah bilik yang penuh dengan emas dan permata,kita semua akan melaluinya,namun bukan semua akan keluar bersama emas dan permata masing2"Anda buat pilihan sama ada nak lalu saja ke,atau mengambil manfaat dari bilik ni...

Akhirulkalam...

02 Julai 2010

Maher Zain-Inilah hiburan yang dibenarkan


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah ana telah ditakdirkan Allah untuk kenal dgn lagu2 maher zain awal tahun 2010.Anda kenal Maher Zain ni?kalau x boleh la cuba2 dengar lagu2 die kat youtube ataupun bleh dengar kat blog ni,free je...:-).Pertama kali ana dengar lagu InsyaAllah,sedap sangat tapi ingatkan macam lagu2 laen kejap je dgr sedap lepas tu macam biase je.Tapi yg ni laen sket,brape kali dengar pun still best.Mulalah berjinak-jinak cari lirik die.Sekali jumpe lirik die,masyaAllah patut la lagu2 die x penah bosan.

Setiap lagu2 die penuh dengan unsur dakwah.Ada yg memberi semangat,teguran kepada umat Islam,peringatan kepada nikmat2 Allah,dan macam2 lagi.Pendek kata,hiburan macam ini yang digalakkan dalam Islam.Ditambah dengan suara yg sangat sedap Allah kurniakan kepada dia,nikmat Allah tu die gunakan sebaik-baiknya.

Kata2 Maher Zain dalam album die setelah diterjemah oleh ana:-
"Sebab utama saya menerbitkan album ni adalah kerana naluri saya untuk berkongsi pandangan dan perasaan saya bersama semua orang.Saya nak semua orang tersentuh dengan apa yang telah menyentuh saya,berkongsi jawapan yang saya jumpa kepada banyak persoalan yang bermain di minda saya"

Buat pengetahuan anda semua,Maher Zain ni pernah terlibat dengan bidang muzik di sweden dan New York.Pernah terlibat bersama artis Kat Deluna dan banyak lagi artis2 terkenal dalam pembikinan lagu2 mereka.Tapi dia kata"Saya suka muzik di sini tapi saya benci kepada persekitarannya,rasa macam ade sesuatu yang x betul".Nak tahu lebih lanjut pasal Maher Zain,bolehlah klik sini.Disebabkan lagu2 die yang sangat berkualiti dan terbaik,maka kerana itulah album Maher Zain merupakan satu-satunya album original yang pernah ana beli.X bermaksud ana beli yang pirate sebelum ni,tapi x pernah beli album pun.Disebabkan rasa ingin memberi sokongan kepada perkembangan beliau,maka wujudlah album ni dalam simpanan ana.Siapa yang berminat bolehlah beli album ni.Bagi ana,ini merupakan salah satu hiburan yang patut didedahkan kepada kita.Sesiapa yang berminat untuk dapatkan lirik2 sume lagu Maher Zain,sila klik sini

InsyaAllah kita manfaatkan apa2 yang boleh diperoleh dari mesej2 yang ingin disampaikan oleh abg Maher Zain ni.Semoga Allah memberi kekuatan dan istiqamah dalam kerja beliau untuk terus berdakwah dengan apa cara sekalipun.Semoga kita juga sentiasa berada dalam jalan yang lurus untuk terus berjuang demi Islam.

Akhirulkalam...

01 Julai 2010

Tiada lagi pembedaahn jantung!!!-ESMR telah tiba...


Assalamualaikum W.B.T

InsyaAllah kali ini ana ingin berbicara mengenai kesihatan.Kebiasaannya bila orang sakit jantung yang melibatkan salur darah koronari arteri tersumbat atau sempit,pembedahan bypass atau angioplasti yang menjadi pilihan.Namun,menurut statistik 10 peratus pesakit yang menjalani pembedahan ini sebanyak 2 kali masih x sembuh.Di sinilah ESMR(Extracorporeal Shockwave Myocardial revascularization) memainkan peranan.

Sedikit info mengenai teknologi ini:-
~Hanya terdapat 50 unit di Dunia
~Berharga 2.8 juta
~Berasal dari jerman
~Malaysia negara pertama memilikinya di Asia Tenggara

Teknologi ini baru sahaja digunakan di Malaysia.Ianya dilaksanakan di PPUM(Pusat Perubatan Unuversiti Malaya).Pesakit pertama yang menerima rawatan ini adalah seorang lelaki berusia 63 thn yang dikendalikan oleh ketua unit kardiologi PPUM,Prof. Wan Azman Wan Ahmad.Teknologi ni lebih kurang dengan rawatan batu karang,cuma yang ni frekuensinya lebih rendah.

Satu syarat penting untuk menjalani rawatan ini,otot jantung haruslah dipastikan masih belum mati.Otot mati disini adalah tersumbat,berlubang,bocor,dll).Otot yang masih hidup dimaksudkan dengan otot yang bertukar dari marah ke biru disebabkan kekurangan oksigen yang sampai ke sana.Oleh kerana itu,otot ni x dapat berfungsi dengan baik menyebabkan pesakit sering sesak nafas.

Rawatan ini berfungsi dengan menyalurkan gelombang kejutan kepada saluran darah bermasalah untuk merangsang pertumbuhan pembuluh darah yang baru.Seterusnya ia akan merangsang saluran darah yang kecil untuk membesar sebelum bersambung semula dengan saluran darah sedia ada.

Rawatan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit utk satu sesi rawatan.Bagi pesakit yang mempunyai satu saluran darah bermasalah,3 sesi rawatan dalam seminggu diperlukan.Untuk 2 yang bermasalah,3 lagi sesi rawatan diperlukan pada minggu ke-5.UNtuk 3 saluran bermasalah,3 lagi sesi rawatn perlu ditambah pada minggu ke-9.Maksudnya 3 minggu rehat diperlukan sebelum sesi rawatan untuk saluran darah bermasalah yang seterusnya dilakukan.

Namun,ini bukanlah rawatan alternatif kepada pembedahan bypass dan angioplasti.Kaedah tersebut masih yang teerbaik dan kaedah ESMR ini disarankan bagi golongan tertentu:-

1.Mereka yang pernah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali(kerana pembedahan ke-3 mempunyai risiko yang amat tingi
2.Warga emas yang terlalu uzur untuk menjalani pembedahan
3.Pesakit yang mempunyai penyakit buah pinggang,diabetes,hati.

Kelebihan ESMR
~Tiada pembedahan
~tiada parut
~Kos rendah(RM 500-RM 1000 sekali sesi rawatan)
~X perlu tinggal di hospital(selepas selesai rawaatn,boleh balik rumah mcm biasa)
~Tiada kesakitan
~Tiada ubat2 tambahan
~Peluang sembuh tinggi

akhirulkalam...
Info dari majalah iSihat julai 2010