04 Julai 2011

Kenapa doa kita terhijab?


Assalamua'laikum W.B.T

Alhamdulillah,Allah masih memberi kesempatan untuk ana update blog ni...kali ini credit diberikan kepada naqib mazlan,sahabat ana.Ana copy paste dr blog beliau memandangkan isinya cukup bermanfaat.

Dari Shaqiq Al-Balkhi: "diceritakan suatu hari Ibrahim Adham telah keluar berjalan-jalan di pasar Basrah kemudian datang orang ramai kepadanya. Kata mereka "Kami telah berdoa kepada Allah tetapi tidak diperkenankan!" kemudian berkata Ibrahim Adham: "Doamu terhijab disebabkan sepuluh perkara.."

1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkannnya.

3. Kamu mendakwa iblis itu musuhmu tetapi kamu mengikutinya

4. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasul tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnhanya

5. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6. Kamu mendakwa kamu takut kepada neraka Allah tetapi kamu tidak meninggalkan dosa.

7. Kamu mendakwa mati itu datangannya benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknye.

8. Kamu sibuk menceritakan tentang aib orang tetapi kamu lupa aibmu.

9. Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.

10. Kamu mengebumikan jenazah tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari semua itu...

Mari sama sama kita renungkan dan bermusabah......

Ya Allah kami selalu menzalimi diri kami, ampunkanlah kami. dan jika Engkau tidak ampunkan kami, maka kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi....wallahu'alam

Akhirulkalam...

2 ulasan:

  1. Salam Syed...

    Mohon share... :)

    Sangat bermanfaat dan moga kita semua peroleh manfaat dari penulisan ni...

    BalasPadam