31 Julai 2011

Macam nak pi stadium...


Assalamua'laikum W.B.T

MasyaAllah,tanpa sedar kita telah berada di bulan Ramadhan,bulan yang sangat mulia.Inilah bulan yang paling ditunggu2 oleh seluruh umat di muka bumi ini bukan setakat Muslim sahaja.Alhamdulillah,tatkala anda membaca artikel ini,kita semua telah berada dalam bulan Ramadhan.Syukur yang x terhingga...Alhamdulillah 33x.Diri ana sendiri sangat gembira,kerana inilah masa terbaek untuk bersihkan balik segala2 dosa yang dah buat selama ni.Nikmat sampai di bulan Ramadhan adalah nikmat yang sangat2 besar!!!

Hari pertama solat terawih,meriah sangat.Ana x nak bincangkan isu solat terawih seperti bilangan rakaat,bacaan solat,moreh,dll.Isu tu sume dah banyak dibincangkan,tidak ade perkara yang salah selagi ia masih dalam landasan al-Quran dan sunnah.Apa yang ingin ana sentuh adalah sambutan masyarakat terhadap bulan Ramadhan...

Malam pertama!!!...berduyun2 orang pi solat Isyak+terawih...rase macam nak pi stadium mase Malaysia vs Singapura aritu.Alhamdulillah,gembira tengok keadaan macam ni.Macam kat Mekkah pun ade gak.Tapi dalam hati terdetik,boleh ke keadaan ni berterusan???Apa usaha yang boleh kita lakukan untuk kekalkan keadaan ni?

1.Ajak ahli keluarga setiap malam...biarlah rancangan TV tu,bile2 mase bleh tengok...Bulan Ramadhan bukan senang nak dapat

2.Jadikan aktiviti keluarga.ni lah masenye satu keluarga boleh luangkan bersama,wlupun sekejap(perjalanan rumah ke surau/masjid),setiap mase yang diluangkan bersama amat bermakna.(solat terawih ramai2 kat rumah pun best jugak)

3.dll.....klu ade cadangan,bleh la bagi klu sudi...

Semoga kita berjaya istiqamah dalam apa jua perkejaan yang kita lakukan sepanjang Ramdahn ni.Garap segala peluang yang Allah dah hidangkan dkt kite,jangan sia2 kan...Ayuh kita beribadah!!!

*Aktiviti pegi solat terawih kat masjid bleh dijadikan latihan utk kaum lelaki sentiasa pegi surau/masjid solat berjemaah setiap waktu solat...

Akhirulkalam...

1 ulasan:

  1. fikirkan masa ni je golongan2 doktor yg asyik menyelamatkan manusia berfikir untuk menyelamatkan hubungan bersama jiran tetangga~

    BalasPadam