
Assalamualaikum W.B.T
Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."
Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."
Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"
PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.
Sumber:I Luv Islam
InsyaAllah kita akan teruskan pengajian mengenai kehidupan Rasulullah kali ini dengan menyusuri perjalanan hidup baginda berdasarkan kategori umur yang telah ditetapkan
Kelahiran-2 tahun
Nabi hidup bersama dengan ibu susuan baginda,Halimah sa'diah
Halimah merupakan keturunan bani sa'ad
Ketika itu hanya bani sa'ad yang menjalankan pekerjaan sebagai ibu susuan
Ketika itu haliamh berat untuk menerima baginda sebagai anak susuan kerana ketika itu baginda hidup miskin
Ketika dibawa pulang,halimah mengatakan kepada suaminya, "saya membawa anak susuan yang tigad berkat(kerana miskin)"
Namun suaminya mengatakan sebaliknya,dia dapat merasakan keberkatan baginda
Buktinya,ketika seluruh bani sa'ad dilanda kemarau dan kematian semua haiwan ternakan,hanya ternakan keluarga halimah yang sihat
Setelah berpisah dengan ibu susuannya,baginda berjumpa kembali dengan ibunya ketika fathu makkah(baginda berusia 55 tahun)
Sayang dan kasihnya baginda kepada ibunya,baginda meminta satu jam masa untuk bersama ibu susuannya walau ketika itu ade meeting penting sangat
2-6 tahun
Hidup bersama ibunya,Aminah bt.Wahab
Aminah,baginda dan pembantu Aminah,ummu aiman bermusafir ke madinah(500km) untuk melawat kubur bapa baginda dan sedare-mara
Namun ketika perjalanan pulang,Aminah meniggal di abwa',maka hanya baginda dan ummu aiman menguruskan jenazah aminah di tengah2 padang pasir
6-8 tahun
Hidup bersama Abdul Mutalib(90 tahun),datuk baginda
Nabi ikut bersama datuknya ke meeting pembesar quraisy memandangkan datuknya ketika itu ketua kepada semua kaum quraisy
Ketika itu datuk baginda orang yang sangat dihormati,tiada siapa berani duduk di kerusinya.
Namun baginda duduk di kerusi itu,lalu bapa sedare baginda memarahi baginda,namun abdul mutalib suruh biar sahaja
Datuk baginda dapat merasakan Muhammad bakal menjadi pemimpin yang agung
Ketika baginda berusia 8 tahun,Abdul mutalib meninggal dunia
8-25 tahun
Baginda hidup bersama Abu talib,bapa sedare baginda bersama dengan 10 anaknya yang lain
Berumur 8-15 tahun,baginda mengembala kambing(kambing binatang yang sangat susah dijaga,kerana itu kebanyakan nabi pernah mengembala kambing untuk menguji kesabaran mereka)
Baginda menganggap Fatimah bt. Saad,isteri abi talib sebagai ibu baginda sendiri
Berumur 15-23 tahun,baginda berniaga untuk mengajar sifat amanah sabar dan kemahiran komunikasi baginda
Konklusi,perjalanan hidup rasulullah telah ditetapkan oleh Allah untuk mengajar segala aspek kehidupan sejak baginda kecil lagi.Baginda juga Kehilangan ahli keluarga dalam umur yang masih muda dan mampu berdikari membuat kerja2 untuk membantu bapa sedare baginda.Di samping itu,baginda juga setia dan taat kepada ibunya dan ibu susuannya,dll.
Pengajaran yang boleh kita ambil di sini,antaranya:-
Sentiasa meluangkan masa dengan anak2 supaya anak2 mendapat kasih sayang yang sepatutnya(kepada yang belum berkahwin,boleh la main2 dengan anak sedare atau lain2)
Menghubungkan silaturahim sepertimana Aminah sanggup mengharung perjalanan sejauh 500km untuk menziarahi keluarganya disana dan memperkenalkan nabi kepada mereka
Melahirkan seorang rijal(pejuang Islam) bukan kerja yang mudah,tarbiyah dari kecil diperlukan dan sentiasa istiqamah.Mari kita sama menuju ke arah melahirkan rijal yang berkualiti
Sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa dan jadikan ujian itu sebagai satu pemberian dari Allah.Kerana tanpa ujian,maka peribadi kita x kan diuji,kerana itu para nabi seringkali dihujani dengan pelbagai ujian.Makin banyak ujian,insyaAllah darjat seseorang itu akan dilipatgandakan oleh Allah