29 Mac 2010

Titik hitam:apa signifikannya?

Assalamualaikum W.B.T,

Bayangkan anda melangkah masuk ke dalam kelas yang menggunakan papan putih sebagai alat bantuan mengajar.Dari jauh,anda ternampak satu titik hitam,tapi x la sebesar mane pun.Sedar atau tidak yang anda lebih meyedari titik hitam itu daripada putih yang memenuhi ruang papan tersebut.Keadaan ini boleh dibandingkan dengan keadaan kita sekarang yang cenderung untuk melihat kesalahan seseorang meskipun banyak kebaikan telah dilakukannya.....ini lumrah hati manusia,namun yang membezakan hati yang suci atau tercemar ialah tindakan susulan seseorang itu.

Situasi 1:
Bila dah nampak ada kotoran,mesti la nak pegi tgk ape bende yang hitam tu,ink marker ke,serangga,atau apa2 je.Bila dah nampak kotoran tu,dia berlalu macam tu je...x bersihkan pun.x cukup dengan tu,bila dah pegi dekat nampak pulak titik2 hitam yang lebih halus.Sama lah keadaannya dengan situasi dimana seseorang nampak kekurangan orang lain,tapi buat x endah je,x nak tegur pun untuk betulkan kesalahan orang lain.Dah la tu,bila dah tahu satu kesalahan,dicari pula kesalahan2 yg laen.Jadi pulak ghibah(mengumpat).Nauzubillah min zaalik...

Situasi 2:
Sama dengan keadaan di atas namun reaksinya berbeza.Bila dah nampak kekurangan,ditegur kesalahan tu,dengan harapan agar kita juga ditegur bila buat kesalahan kelak.saling melengkapi.Hidup manusia penuh dengan kealpaan,an-nas(manusia) bermaksud lupa.Apa yang menyebabkan timbulnya perasan ingin menegur ini?salah satunya ukhuwah sesama kawan kita.

"Barangsiapa yang bersaudara dengan seseorang kerana Allah,nescaya Allah akan mengangkatnya ke suatu darjat di syurga yang tidak boleh diperolehnya dengan sesuatu dari amalnya"(HR MUSLIM)

Maka,marilah kita sama2 beriltizam untuk berkawan kerana Allah,bukan kerana dunia semata-mata.InsyaAllah ukhuwah yang terbina diberkati oleh Allah S.W.T.

Akhirul kalam...

22 Januari 2010

Silauan nikmat


Assalamualaikum W.B.T,
Apa yang akan diucapkan oleh seeorang yang menerima hadiah dan kepada siapa ditujukan ucapan itu?Tentu sekali ucapan 'Terima kasih''Syukran''thank you' atau apa2 lg.Dan yang plg penting,ianya ditujukan kepada si pemberi hadiah bukan?.Agak pelik kalau kita tgk org tu ckp"terima kasih la hadiah sebab dtg dekat saya".Yang normal akan berkata"terima kasihlah bagi hadiah kat saya"

Apa yang kita terlepas pandang?.Tidakkah kita terasa nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hadiah kepada kita?.Nikmat ini termasuklah kejadian alam,kesihatan,rasa kasih.cinta dll.Namun kebanyakan dari masyarakat sekarang lebih selesa memberi ucapan 'terima kasih'nya kepada nikmat itu sendiri,bukan kepada 'Si Pemberi nikmat'.Lihat saja manusia menjadi hamba kepada cinta terlarang.Melihat kejadian alam tanpa rasa keagungan Allah.Leka dengan nikmat kesihatan.

Mengapa terjadi perkara sebegini?.Nikmat Allah ini teramatlah byk sehingga x dpt nak dikira

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Nikmat Allah ini ibarat sinaran matahari,kalau kita lihat dengan mata kasar,silauannya sangat terang hingga tak terlihat oleh kita.Namun,sinaran matahari ni kalau dilihat dengan teleskop,kita boleh mengkaji setiap perincian matahari.Begitu juga dengan nikmat Allah,jika dilihat dengan mata hati,nescaya dapat kita mensyukuri nikmat Allah dan menggunakannya di jalan yang lurus.

InsyaAllah,marilah kita gunakan mata hati dalam melihat sekara perkara di muka bumi sebagai peringatan kepada kita.Dengan ini,dapatlah kita berterima kasih dengan'Si Pemberi" hadiah,bukan kepada hadiah itu sendiri.Moga dengan telitian kita terhadap nikmat yang Allah berikan,dapat kita tingkatkan tahap iman kita.

Sebagai cadangan,dengarkanlah nasyid nyanyian Maher Zain yang banyak mengingatkan kita terhadap ciptaan Allah.Di samping menjadi halwa telinga dengan kelunakan suaranya,dapat kita menginsafi diri kita sendiri.

Akhirul kalam.

04 Januari 2010

Jadi,amalan kita sia-sia?

Assalamualaikum w.b.t,
Pada pendapat anda ,bila agaknya persoalan ini biasanya timbul?mari kita sama2 melihat hadis yang sering menimbulkan tanda tanya ini.

Diriwayatkan dari nabi Muhammad S.A.W,berkata:"ketahuilah amalan kamu tidak akan menyelamatkan kamu(dari api neraka)"sahabat membalas."walaupun engkau wahai Rasulullah?"Nabi berkata,"walaupun aku,kecuali jika Allah melimpahkan rahmatnya ke ats aku"

Timbul tak persoalan ini di benak fikiran anda?Jika anda jawab Ya!,mari kita sama2 menyusuri intipati hadis ini.Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini ialah amalan kita hanya menentukan tingkatan kita di syurga.Namun,hanya dengan rahmat Allah kita akan terlepas dari sekasaan api neraka.Justeru,walau bagaimana hebat amalan kita tapi kalau tidak dirahmati Allah,maka ketika itulah amalan kita menjadi sia2.

Teknik supaya kita mendapat rahmat Allah?Perbanyakkan berdoa agar Allah memberi rahmat ke atas kita.Kerana jika kita hanya melakukan ibadat tanpa memohon restu dari Allah,kita cenderung untuk melanggar perintah Allah walau telah banyak ibadat yang kita lakukan.Ikhlaskan hati kita dalam beribadat,jangan hanya lakukan amalan baik hanya kerana mengikut orang.Contoh,orang gi solat,kita pergi.orang puasa kita puasa gak.Tapi kita melakukan itu sume hanya kerana adat.Sebab itulah kita nampak macam dah 'banyak amalan',hakikatnya....tanpa rahmat Allah,terkuburlah sume amalan itu.

Apa yang harus kita ingat,sebanyak mana amalan yang kita lakukan,masih belum setanding dengan sahabat yeng terdahulu.Maka marilah kita sama2 tingkatkan amalan dan ikhlaskan niat kita agar sentiasa diberkati dan dirtahmati Allah.insyaAllah...

26 Disember 2009

Ilmu cahaya kehidupan


Assalamualaikum w.b.t,
Ilmu pada hari ini telah disalahgunakan.Anda setuju?Mari kita lihat kembali bagaimana ilmu ini sampai kepada manusia.Ilmu telah dikurniakan kepada nabi adam sejak penciptaannya(al-baqarah,30-34).Ilmu ini diberikan oleh Allah,maka kita seharusnya menuntut ilmu kerana Allah bukannya kerana nak pass exam.Maka apabila tujuan kita salah,sekaligus ilmu ini akan disalahgunakan,

Jika betul niat kita,apa yang kita akan rasa?Ana ingin berikan sedikit perumpamaan.Apabila kita berdiri jauh dari cahaya,kita nampak bayang kita kecik je.Tapi bila kita semakin mendekati cahaya itu,kita dapati bayang itu semakin besar sehingga lebih besar dari kita.Cahaya di sini melambangkan ilmu manakala bayang sebagai kelemahan kita.Bila kita tidak mendekati ilmu,kita rasa macam kita ni hebat,kelemahan nampak sikit je.Namun tatkala kita mula mendalami ilmu,barulah kita tersedar dari lamunan kita,banyak rupanya kelemahan kita.


Maka marilah kita renung kembali apa tujuan kita menuntut ilmu.Ikhlaskan hati kita hanya kerana Allah.insyaAllah ilmu yang kita dapat berguna dan dapat mambantu perkembangan umat islam di dunia ini.


12 Disember 2009

~Nikmat Allah sebagai peringatan~


Assalamualaikum W.BT.,
Sedarkah kita?kebanyakan dari kita sedang hanyut di dunia ini.Satu situasi yang sering kita lihat dalam umat Islam sekarang.Bila ditimpa musibah,kepada Allah dia kembali.Namun tatkala kesenangan diberi,manusia ini mula khayal dengan nikmatnya.Inilah buktinya iman kita sudah rapuh bak buih2 di lautan.Memang benar nikmat yang diberi Allah sebagai ganjaran kepada kita,namun pada satu aspek yang lain sebagai peringatan kepada kita.

"Maka nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?"-Ar-Rahman-Tanpa kita sedari,kita dikelilingi dengan nikmat Allah.Langit,bintang,bulan,kesihatan,kebijaksanaan,dan x terkira.Maha suci Allah yang maha pemurah.Ucapkanlah Alhamdulillah ke ats nikmatnya.Walau kita selalu melupakanNya di waktu senang,namun Allah tetap memberi nikmatNya sebagai peringatan kepada kita.Betapa kerdilnya kita di Bumi ini.Maka igatlah ALLAH s.w.t walau di mana kita berada.Jalankanlah tugas kita sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Untuk tingkatkan lagi keimanan kita,mendalami ciptaan Allah salah satu caranya.Sebagai contoh,mencerap bintang,matahari dll.Bagi pelajar UIA CFS P.J,Rafest yang akan datang pada bulan satu akan ade program mencerap bintang dan matahri anjuran FRC.Jika tiada aral melintang,insyaAllah kita sama mendalami ciptaan Allah yang maha agung.

26 November 2009

Pengorbanan kita!!!


Assalamualaikum W.B.T,
Barangkali kita dah lali dengan kisah nabi Ismail dan Ibrahim setiap kali menjelang Aildiladha.Namun apa yang ingin ana kupas kali ini adalah pengajarannya.Seorang bapa(Nabi Ibrahim) yang tidak mempunyai anak dengan isteri pertamanya(sarah) telah dibenarkan untuk berkahwin dengan khadamnya,hajar untuk menyambung zuriatnya.Setelah dikurniakan zuriat,diperintahkan pula untuk meninggalkan mereka di tanah yang gersang(di mana peristiwa air zam2 keluar berlaku).Kemudian disuruh pula sembelih nabi Ismail.Boleh kita bayangkan bagaimana pengorbanan seorang bapa yang sangat menyintai anaknya,namun megutamakan arahan Allah.Beliau meletakkan suruhan Allah di tempat yang pertama,utama.

Apa yang dapat kita kaitkan dengan situasi hari ini?Allah telah menyatakan dalam al-Quran,"jangan kamu dekati zina"Maka segala perbuatan yang menjurus ke arah zina wajib dielakkan.Pada kaum lelaki,tundukkan pandangan kamu,kaum wanita jaga aurat kamu.kajian mendapati kaum lelaki terangsang nafsu seksualnya 70% dengan pandangan manakala wanita 30%.Maka kaum wanita wajib meniliti semula pemakaian mereka pada zaman ini.Kaum lelaki juga perlu berusaha bagi megelakkan pandangan mereka.Pengorbanan cinta manusia sesama kita x sehebat pengorbanan hamba kepada tuhanNya.Apa yang dapat ana katakan adalah,sembelihlah cinta kepada dunia,tanamkan cinta kepada akhirat....
akhirul kalam.

Bila REALITI bertemu ILUSI


Assalamualaikum W.B.T,
Satu fakta yang tak boleh disangkal,realiti sentiasa menang bila bertemu ilusi.Kita ambil contoh yang mudah.Seorang pemimpin negara yang disegani oleh lawan dan kawan telah mati,maka rakyatnya yang sayang kepada pemimpin mereka telah mengukir satu patung lengkap bagi memperingati jasanya.Tiba2 sekumpulan burung datang dan melepaskan hajatnya ke atas patung tadi.Tapi patung tadi x boleh buat ape2,sebab dia PATUNG.Dalam kes ini,patung itu sebagai ilusi,dan burung sebagai realiti.Walaupun realitinya pemimpin tadi berjasa semasa hidupnya,namun tidak berguna sekarang.

Kita ambil konteks ini dalam kehidupan kita sekarang.Dalam al-Quran telah menyatakan ciri2 yahudi sebagai contoh penipu,mengingkari janji,x taat kepada pemimpin,dan sentiasa berusaha hingga orang lain megikut ajaran mereka.Kita lihat pula ciri2 orang Islam yang dinyatakan dalam al-Quran....berakhlak mulia,solat malam,banyak berzikir,bersangka baik,pegang pada janji dll.Apa yang ana lihat sekarang,orang yahudi sangat menepati ciri2 mereka,namun orang Islam??????......majoritinya sudah terikut dengan agenda yahudi......Yahudi sebagai REALITI dan Islam sebagai ILUSI.Anda boleh renungkan pihak mana yang akan menang pertarungan ini.

Solusinya mudah,niatkan apa yang kita lakukan kerana Allah S.W.T dan jangan sekali-kali mengingkari arahanNya.Moga kita dapat berfikir sejenak dan berusaha ke arah solusi di landasan yang benar.