05 Julai 2011

Wahai perokok,dengarkanlah.....


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,tika saat ini Allah masih memberi peluang kepada ana untuk bernafas dan mengecapi nikmat Islam dan iman.Kali ni ingin ana berbicara tentang perokok.Ya!!!golongan yang sentiasa berada sekitar kita x kira dimana jua,baik kawasan larangan merokok pun ade jugak diorang.

Mengapa ana memilih untuk menulis semua ni?sebab memang lumrah manusia kita ni x mampu untuk menilai diri kita sendiri.Memang kita boleh tengok diri kita kat cermin,tapi hanya di situ saje la...hanya fizikal.Tapi macamana dengan sikap kita?biasanya kita hanya tahu macamana sikap kita ni bila orang bagitau kat kite,baik keluarga,kawan2,masyarakat sekeliling dll.Sebab itu Islam menggesa kita hidup bermasyarakat,bukan hidup bersendirian.Dengan itu kita akan ditegur,dan kita juga bertanggungjawab untuk menegur demi kebaikan bersama...
Merokok depan kanak2

Kalau ye pun nak merokok sangat,tolonglah jangan merokok depan budak2.Ini tidak,kadang2 bapak(kadang2 mak jugak) selamba je merokok depan anak2 diorang.Pertama,ia memang contoh yang sangat buruk.Kedua,kalau ye pun anda x sayangkan kesihatan anda,anda x peduli ke kat mase depan budak2 yang x bersalah tu?

Merokok sebelum solat

Ini satu lagi trend,biasenye perokok tegar.X kisahlah mufti mane pun yang keluarkan fatwa HARAM,ade yang kate MAKRUH...tapi kalau tok imam sendiri pun dah 2x5,mereka akan ikut ape yang mereka suka,bukan fatwa yang sekarang ni dah dipandang remeh.Merokok sebelum solat,lepas tu terus solat,even dah berkumur pun bau masih ade wahai perokok2 sekalian.Ana x tahu sama ade anda sedar atau x,tapi bau tu sangat la busuk,sehingga mengganggu jemaah yang lain...Jadi kalau nak sangat merokok,sekurang-kurangnya jangan la sebelum solat.

Merokok dalam restoran

X sah kalau sekumpulan lelaki berkumpul sambil minum teh tarik dan merokok.Merokok tu dah jadi macam makanan pulak.Tapi yang x sedap tu,anda yang berkelakuan sebegini bukan buat kat dalam rumah anda,tapi kat dalam restoran yang dikunjungi ramai orang.Baik pelajar,keluarga,dan banyak lagi golongan lain...Cuma nak bagitau je la,kitorang yang gi restoran ni nak makan MAKANAN,bukan ASAP ROKOK.(baru2 ni nampak sekumpulan laki dan pompuan kat restoran,sume isap rokok termasuk yang pompuan,haih~~~)

Merokok dalam stadium

Baru2 ni ana berkesempatan untuk menyaksikan kejayaan skuad olimpik negara layak ke pusingan kelayakan kumpulan peringkat asia setelah menewaskan Lubnan 2-1.Dalam keseronokan menyaksikan perlawana tu,ade yang buat x sedap plak.Sekeliling orang dok isap rokok je.hampir 50% jugak yang isap rokok.Yang x isap rokok ramai gak yang menutup hidung dengan mafla Malaysia mereka termasuk ana sendiri.x kurang jugak yang mengibas2 asap rokok dengan mafla tu.Anda x sedar lagi ke,kitorang nak tengok bola,x nak tengok bola sambil makan asap rokok yang anda hembus tu.

KAMI BENCI ANDA

Ha...jangan melatah dulu,golongan yang x merokok ni memang benci anda,Tapi kitorang bukan benci anda secara khususnya,tapi kami bencikan perbuatan anda.Anda x bersalah,tapi perbuatan anda tu salah.Cubalah kita memikirkan orang2 sekeliling kita,jangan kita pentingkan diri sendiri je...

Ana harap x de yang tersinggung dangan penulisan ana kali ini.Cuma berniat untuk berkongsi pendapat.Kalau ade yang nak tambah lagi,bleh tambah di ruang komen...:-)

*Sebaik saja pesakit disahkan mengidap kanser paru2,mortality rate(kadar kematian) disebabkan kanser tu sangat tinggi.Biasenye bertahan beberapa bulan je.

Akhirulkalam...

3 ulasan:

  1. Salam'alaykum wbt.

    Ana setuju dengan pendapat enta. Ana rasa, ramai perokok yang MAHU berhenti tapi masih tak dapat berhenti sebab kurang USAHA. Ana benar2 berharap kita semua turut berusaha untuk menegur mereka dengan kata2 yang berhikmah. Jika ramai yg cuba menegur dgn baik, insyaAllah moga hati mereka terbuka untuk berhenti secara perlahan daripada terus 'menyakiti' org lain. Paling tidak pun, mereka segan untuk merokok di tempat yang tak sepatutnya. Wallahua'lam.

    Jenaka mengenai perokok/merokok.
    http://courageofthenewborn.blogspot.com/2011/06/sharing-jokes.html

    BalasPadam
  2. wa'laikumussalam W.B.T,

    insyaAllah kita teruskan usaha menasihati mereka...syukran bg link..

    BalasPadam
  3. Ni jenaka dr link kat atas:

    Orang salafi masuk syurga,
    lalu melihat bidadari,
    Langsung pengsan orang salafi itu,
    Orang agama masuk syurga dan lihat bidadari,
    Bidadari yang pengsan,
    Lalu di angkatnya bidadari itu ke ranjang,
    di gegar bidadari itu lalu di tanya,
    Adik kenapa adik pengsan?
    Lalu bidadari itu katakan,
    hmmm antum BAU ROKOK.

    Orang agama kemudian mahu hisap rokok,
    Di tanya sama malaikat Ridhwan,
    Wan, wan ana mahu isap rokok,
    Malaikat katakan api tidak ada di syurga, harus ke neraka ambil api,
    Lalu orang agama itu minta izin pada Malaikat mahu ke neraka ambil api,
    Kerana Ahli syurga dengan NUR nya,
    Maka tidak terbakar di neraka,
    Malaikat izinkan orang agama itu ke neraka untuk ambil api,
    Setelah dia ambil api di neraka dan hidupkan rokoknya,
    Lalu dia mahu masuk kembali ke syurga tapi tidak boleh!
    Kerana apa?
    Tertulis di pintu syurga...
    "NO SMOKING"

    BalasPadam