Ingin ana merafakkan setinggi-tinggi syukur atas kurniaan yang Allah kurniakan,walaupun niat di hati tidak kesampaian untuk bersama al--habib Umar ben Hafidz baru-baru ni,tetapi Allah kurniakan peluang untuk bersama-sama seorang ustaz yang mantop berdekatan kawasan perumahan ana...maka hati ini terpanggil utk berkongsi dgn anda semua,semoga bermanfaat hendaknya...
[Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!"maka mereka pun sujud kecuali iblis.Dia adalah dari golongan jin,maka mereka pun sujud kecuali iblis....]
(al-Kahfi,50)
Maka mengapa iblis ini tidak mahu sujud kepada adam,walhal itu perintah dari Allah?Terjadinya ini hanya kerana satu sebab yakni TAKABBUR.Syaitan ini merasakan diri mereka lebih baik dari makhluk yang diciptakan dari tanah.dan Allah juga berfirman,"seorang makhluk tidak layak tunduk sujud kepada makhluk yang lain,jika dibolehkan tunduknya makhluk kepada makhluk,maka akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya."Kerana itulah syaitan ingkar akan perintah Allah...namun apa yang syaitan terlupa???
Dalam keadaan jalanraya yang lengang dan tenang,semua pengguna jalan raya termaktub untuk patuh kepada lampu isyarat.Itu adalah kaedah umumnya.Namun,tatkala 'peak hour',yakni kebiasaannya waktu balik kerja,muncul seorang pegawai polis trafik bertugas di tengah2 simpang,dan memberi arahan yang bertentangan dengan arahan lampu isyarat.Nah!mana yang perlu kita ikut???.Jika semua pengguna jalanraya faham bagaimana peraturan ini dibuat,iaitu lampu isyarat dicipta oleh manusia untuk memudahkan,namun tatkala lampu isyarat x mampu lagi mengawal keadaan yang sesak,ketika itulah pencipta lampu isyarat itu lebih berkuasa...maka insyaAllah,lancar perjalanan trafik ketika itu.Tapi,bagaimana kalau ade plak la orang yang nak jugak ikut lampu isyarat tu,walhal dah diberi arahan oleh orang yang mencipta lampu isyarat itu???masalah bukan???...inilah yang dipanggil pengecualian
Begitulah syaitan,boleh dianalogikan yang syaitan itu umpama orang yang ingkar kepada polis trafik tadi.Memang benar Allah berfirman tidak ada makhluk yang layak disembah oleh makhluk.Namun jika Allah telah memberi perintah,di situlah terletak pengecualian.Namun dek kerana sikap TAKABBUR syaitan,arahan yang Maha Esa sanggup diperlekehkan...nau'zubillah min zaalik...
Maka begitu jugalah kita dalam kehidupan seharian,memang telah ditetapkan kaedah umum dalam setiap urusan harian kita.Namun jika ada di antara kaedah umum tersebut bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah,pada ketika itulah pengecualian melebihi kaedah umum...
Perkongsian dari ceramah Al Fadhil Ustaz Che Nordin Che Ibrahim ,Penceramah dan perunding motivasi Human Capital Development Resources (
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan