Assalamua'laikum w.b.t
Alhamdulillah,ana masih diberi kesempatan untuk menulis di sini.Apa yang ana cuba sampaikan hari ini,adalah kefahaman kita kepada maksud takabbur.Nak tau asal dari mana takabbur ni?klik di sini.:-)
Baik,takabbur ini merupakan satu penyakit yang makin menular dalam kalangan masyarakat Islam kini.Ingkarnya Syaitan kepada arahan Allah supaya sujud kepada Adam,adalah kerana takabbur.Maka nak ke kita ade sifat ni?tidak bukan?.InsyaAllah,untuk lebih faham,ana akan beri beberapa situasi :-
1.Seorang bapa mengherdik anaknya kerana memberi pendapat
2.Seorang bos memarahi anak buahnya kerana menegurnya
3.Seorang guru merotan anak muridnya kerana membetulkan kesilapan si guru
4.Seorang specialist menghukum HO kerana membetulkan kesilapan rawatan yang diberi
5.Seorang alim terasa hati apabila akhlaknya yang kurang elok ditegur anak muridnya
Ana rasa dah cukup untuk anda semua faham.Takabbur ini bukan terhad kepada orang kaya yang sombong dengan hartanya.Takabbur ini mudah datang kepada orang yang mempunyai pangkat,darjat,harta,etc.Maka bagaimana kita nak elak perasaan ini?
Apa yang ana mampu syorkan,ingat kembali asal usul kita.Semua kita dicipta oleh Allah dan akan kembali kepadanya.Tidak kira apa jawatan yang kita pegang,setinggi mana ilmu kita,setinggi mana darjat kita,....ingatlah apa yang dipandang Allah hanyalah darjat keimanan kita.Akhlak adalah kunci utama untuk kita sentiasa berlapang dada dalam apa jua keadaan.Semoga bermanfaat.
Akhirulkalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan