19 Jun 2010

Masuk syurga kerana bulu mata...kenapa?


Assalamualaikum

Kali ini ana ingin kongsikan kisah menarik yang ana baca dalam blog org laen.Atas ihsan rakan blogger ana ni,amatilah kisah ini.Syukran diucapkan kepada kyosingcat

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yang memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan biasa, "Saya yang merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Dari kisah ini,dapat kita ambil iktibar bahawa Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-hambaNya.Justeru,ingatlah untuk sentiasa bertaubat bila kesempatan itu datang.Jangan hanya bertaubat bila kita sedar telah melakukan dosa besar,kerana kita x pernah sedar akan2 dosa2 yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Sebagai saranan,paling kurang pun solat taubat sehari sekali sebagai permulaan dan perbanyakkan istighfar.insyaAllah kita lakukan apa yang termampu dengan niat yang ikhlas...

Akhirulkalam...

1 ulasan: