08 Jun 2010

Sisi +ve org arab…



Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,Allah masih member peluang kepada ana untuk terus berkongsi sedikit pengalaman yang dikurniakanNya.Mesti ade yang tertanya-tanya,kenapa sisi +ve?kenapa x tulis je ciri2 org arab?Sebabnya,mase ziarah kami sekeluarga ke harmain,ayah ana ade berborak dgn sorang pemilik kedai berketurunan Burma,tapi menetap di Makkah.Katanya “Arab people are 20% good,the rest,hmmmm…”.lebih kurang macam tu la…Tapi itu pendapat die.Pada ana,setiap org ade kelebihan dan kekurangan.Kalau nak hebahkan,maka hebahkanlah yang elok agar dpt dicontohi.Kalau dah nmpk keburukan,maka jauhkan diri dari mengikut.

Khair,yg pertama yg ana dapat lihat ialah mereka ni pemurah x kira member.Maksudnya,kalau diorang berkongsi sesuatu bende,x lah bg kat member je.Die ajak skali org2 yg ade kat sekeliling.Mase ana kat masjidil haram,ade sorang pak arab die ajak skali menjamah kurma dgn kawan2 die.Siapa lalu je,die ajak.Mungkin korang kate, “ala…kat masjidil haram kene la bwat baek…”Kalau betul pun mcm tu,at least die dah practice.Salah satu proses ke arah akhlak mulia adalah ‘habituation’-beramal secara berterusan.

Kedua,tarbiyah mereka kat anak2 mereka cukup dahsyat.Kalau kat Malaysia,kehadiran kanak2 kat masjid kadangkala semacam x dialu-alukan.Dimarah dan diherdik supaya jgn ganggu jemaah laen beribadah.Tapi laen dgn org arab ni.Anak sekecil 2 thn dah mula didedah dgn persekitaran masjid.Kebanyakan anak2 mereka pulak duduk diam je kalau parent diorang solat.Ade sorang yg ana nmpk,bapak die tgh solat,pastu die jalan pegi tmpt laen.Igtkan die nak pegi maen2,rupenye die amikkan air zam-zam untuk ayah die.Habis ayah die solat die hulur air tu.Ya Allah,sejuknya hati tengok akhlak yang telah terdidik.Mmg ade yg menangis mase org len solat,tapi seakan tidak mengganggu.Mungkin mereka dah lali.

Majlis ilmu mereka sentiasa mekar.Setiap kali lepas solat fardu,akan ade yg membentuk kumpulan membincangkan kitab2.Alhamdulillah,ade satu mase lps solat maghrib di masjid nabawi…satu pemandangan yg sangat menyejukkan hati.Seorang anak tasmiq hafazan bersama ayahnya.MasyaAllah,semoga budaya ini sampai di Malaysia kelak,ameen.Tarbiyah mereka kat generasi muda cukup mantap…platform kepada khilafah yang pasti akan tertegak satu hari nanti.Kalau kat Malaysia anak kecil kita dah pandai menyanyi seawal usia 4 thn,dkt arab inilah keadaannya.Tambahan,budak2 kat sane sgt2lah comel…hehe.

Yang terakhir ingin ana perkatakan,mmg ade byk lagi…cume x diizin oleh Allah utk terbayang di fikiran sekarang.Mereka ni x takut untuk menegur org bwat salah.Kalau saf x lurus,die akan usahakan lurus saf tu sebelum solat.Saf x rapat,dirapatkan saf.Ditegur mereka yang merenggangkan saf.Alhamdulillah sikap sebegini diamalkan di Malaysia.Dkt masjid haram dan nabawi,selipar dibawa masuk ke masjid,supaya x hilang.Jadi seeloknya selipar dibalut plastik atau uncang untuk menjaga kesucian masjid.Kalau ade yang bawak masuk mcm tu je,ade yang akan menegur.

Ha....igt dah satu lagi...alhamdulillah.Mereka ni sangat menghormati waktu solat.Sampai je waktu solat,kebanyakan kedai akan ditutup sampai habis waktu solat.Sebab mereka tahu,kalau still bukak jugak waktu solat,untung yg dpt tu berkemungkinan besar x de barakah nye.satu sebab melewatkan solat.Mostly yg x tutup kedai ni solat sendiri,x berjemaah.satu lagi,orang pun x de nak beli,sebab kat sane majoritinya akan berjemaah.Jadi,baek diorang ni tutup kedai,barakah dpt,pahala berjemaah dpt,untung x terjejas.Kalaulah kat Malaysia bleh jd mcm ni...

Semoga penulisan pengalaman ini dapat member manfaat kepada kita insyaAllah.Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa bunga dan buahnya.Hilang keindahan ilmu itu.Ayuh kita beramal semaksimum mungkin ilmu yang kita peroleh.

Akhirulkalam.

2 ulasan:

  1. org kurang mantap9 Jun 2010 10:06 PTG

    mantap ar bro...

    BalasPadam
  2. Orang kurang mantap yg sebenarnye mantap:alamak,panjang plak...haza min fadhl rabb(semuanya dr fadhilat yg diberikan Allah)

    BalasPadam