Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah,baru2 ni ana dapat satu pengajaran yg amat bergune. Selama ni dengar orang cakap je,akhirnya merasainya sendiri. Bak kata pepatah, “setiap pertemuan pasti ade perpisahan”. Syukur ke hadrat ilahi yang sangat x terhingga kerana diri ini telah dipanggil oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi haramain, iaitu 2 tanah haram Makkah dan Madinah.MasyaAllah, hanya pujian dapat dipanjatkan kepadanya atas kurniaan nikmat ini.Alhamdulillah!!!
Tatkala rezeki untuk berada di haramain telah berakhir,maka Tanah air menjadi destinasi seterusnya.Benar kata pepatah,perpisahan dengan haramain sangat berbekas di hati ini.Masa berada di sana x de la rase rindu sangat nak duduk kat sane.Tapi x dinafikan ibadah di masjidil haram dan masjidil nabawi sangatlah manis dan nikmat.Namun perasaan rindu tu x de.Rasa sedih sangat nak tinggalkan haramain,tapi mase nak balik tu,mutawwif ade pesan: "Mungkin kita merasakan perpisahan ini pahit,tapi ia bakal mencetus perasaan RINDU kepada haramain.Perasaan inilah yang akan menjadikan hati kita sentiasa terpanggil untuk kembali ke sini lagi".Menurut beliau lagi,Imam syafie' sehingga menyatakan makruh untuk berada di haramain lama2 kerana dikhuatiri akan merasa bosan.Mutawwif yang membimbing rombongan kami mengiakan kerana beliau yang sekarang menetap di Makkah pun kadangkala terasa sambil lewa untuk berjemaah di masjidil haram.Tapi kalau kami yang hanya 2 minggu di sana,nak tinggal satu waktu untuk solat berjemaah pun rasa sedih,rasa nak menangis kalau terlepas satu waktu.Inilah manisnya perpisahan.
Apalagi perpisahan dengan Rasulullah S.A.W. di masjidil nabawi.Mase berada kat sane,rase biase je.Tapi bile dah balik…Ya Allah!rindunya sangat berbekas.Semoga Allah mempertemukan lagi dengan Rasulullah di makam beliau atau dalam mimpi insyaAllah.
Samalah keadaannya dengan hubungan anak dengan ibu bapa.Biasanya anak2 yang mula duduk di asrama akan merasakan perasaan rindu kepada keluarga mereka berbanding dengan mereka yang sekolah harian.Bukan nak kate yang sekolah biase ni x sayang keluarga mereka,tapi berjauhan sekali-sekala akan meng 'initiate' perasaan rindu itu agar kasih sayang sesame keluarga semakin erat insyaAllah.
Maka jangan sekali-kali kita merasakan perpisahan ini sebagai satu keperitan kepada kita.Anggaplah perpisahan sebagai nikmat kepada kita yang dikurniakan Allah untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga dan sahabat.Namun ingatlah,hanya satu hubungan yang tidak akan ade perpisahan iaitu hubungan kita dengan Allah.Semoga Allah menyematkan perasaan cinta kita kepadaNya sebagai cinta teragung dikuti dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
Akhirulkalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan