Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukannya diciptakan dari kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada si kumbang?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan.NAmun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tanggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.
"TIdak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita"Adakah kau mahu manjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah dia tibak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.Yang tertutup itu indah!Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjang ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.
"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"
Dipetik dari novel "Tautan Hati" karangan ustazah Fatimah Syarha binti Mohd. Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan