14 Jun 2010

Menyuntik Hormon Pertumbuhan Untuk Tinggi


Soalan : Adakah boleh untuk mengambil suntikan hormon pertumbuhan untuk meninggikan ketinggian seseorang?

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Saya berpegang dengan pendapat bahawa mengambil suntikan sebegini adalah dibenarkan jika berjumpa dengan dua keadaan berikut;

  1. Terdapat laporan perubatan yang jelas yang memerlukannya, contohnya apabila seseorang itu rendah atau pendek secara berlebihan dan nyata dalam keadaan sangat tidak normal. Dalam kes ini, suntikan sedemikian dikira sebagai rawatan perubatan.
  2. Bahawa tidak terdapat bahaya dan mudarat jangka pendek atau panjang kepada pesakit akibat dari mengambil suntikan ini. Hal ini perlu ditentukan oleh doktor pakar yang dipercayai.

Menyebabkan kemudaratan adalah tidak dibenarkan. Rasul ALLAH s.a.w bersabda, ”Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) ataupun menyebabkan mudarat (kepada orang lain)”

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

:http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/menyuntik-hormon-pertumbuhan- untuk-tinggi/

2 ulasan:

  1. wahh...ada ke suntikan bg tinggi ni??haha..cm klaka lak..tbe2 tgii~~ xley bayang!

    BalasPadam
  2. ade...suntikan growth hormone ni agak popular utk org yg nak tinggi tanpa menjalani pembedahan...

    BalasPadam