15 Jun 2010

Semuanya dari Allah...


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah ana dapat ilmu yang cukup berguna baru2 ni.Benar!setiap penyakit ade penawar kecuali mati.Perkara ini telah dijelaskan nabi Muhammad dalam hadith berikut:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)

Tapi kadangkala kita x menyangka sumber penyakit boleh menyembuhkan penyakit.Ace Inhibitor adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.Fungsinya untuk meluaskan pembuluh darah yang sempit terutamanya di arteri koronari(arteri yang menyalurkan darah beroksigen kepada jantung).Namun siapa sangka,ubat ini sebenarnya diekstrak dari racun ular kapak.MasyaAllah,kadangkala benda yang kia benci itu boleh jadi yang terbaek untuk kita.

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."(Baqarah-216)

Maka dari sini kita tahu,segalanya datang dari Allah.Dalam kes ni,Penawar dan penyakit kedua2nya dari Allah.Serangan bisa dari ular boleh membunuh seseorang,tapi bahan yang terdapat dari bisa itu boleh menyembuhkan penyakit lain.Kedua2nya datang dari ular,dan sudah tentu ular itu sebahagian dari ciptaan Allah di muka bumi ini.Ingin ana berpesan,telah kita maklum mana2 ubat yang tercipta kat dunia ni semuanya datang dari ciptaan Allah.Maka janganlah kita terlalu bergantung kepada ciptaan Allah,bergantunglah kepada yang mencipta.Ubat itu sebagai usaha kita,yang menyembuhkan adalah Allah.

Bersyukurlah tatkala kita dikurniakan kesihatan untuk beribadah kepada Allah,dan sentiasa bersyukur tatkala kita diuji dengan penyakit2 agar ia menjadi penghapus dosa kita insyaAllah.

Akhirulkalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan