14 Jun 2010

Ada apa dengan 'Tautan Hati'?




Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah ana baru saja selesai mengkhatamkan novel bertajuk Tautan Hati karangan ustazah Fatimah Syarha.MasyaAllah,ana terpegun dengan kehebatan penulis yang berjaya mencipta satu suasana islami yang cukup hidup dalam novel ni.Jadi ana berhajat untuk bercerita sedikit sebanyak tentang novel ni.

Permulaan cerita dimuatkan dengan masalah akidah yang dihadapi oleh seorang watak bernama Imtisal.Beliau sering memikirkan tentang zat dan sifat2 Allah terlalu mendalam sehingga syaitan berjaya menggoyahkan keyakinannya.Namun watak Asiah Yusra yang di gambarkan sebagai muslimah yang terdidik agamanya menjadi pembimbing .Asiah Yusra menjadi tunjang cerita sebagai seorang yang bercita2 menghidupkan suasana Islam di dalam kampus UIA.Rakan baik Yusra,Elya khadeeja melanjutkan pelajaran ke mesir,turut berkongsi matlamat yang sama.

Sepanjang cerita,Asiah Yusra Berjaya menarik rakan2-nya untuk mendekati Islam secara menyeluruh.Aset beliau adalah akhlak yang cukup terpelihara dan sarat dengan ilmu Islam.Jalan cerita bagaimana rakan2 beliau berjaya disunting untuk berjuang demi Islam cukup menggamit perasaan.

Memandangkan ia berciri novel remaja,maka pasti ia x lari daripada kisah cinta remaja.Namun,cukup menarik apabila kisah cinta yang digambarkan cukup bercirikan Islam,bukan bertuhankan gaya hidup barat yang sering dapat dilihat dalam kebanyakan novel dan cerita2 zaman kini.Ketika inilah watak Umar al-mujahid dan al-Banna memainkan peranan.Cukup manis,mencari cinta Allah pasti membawa kita kepada cinta dunia yang membawa ke syurga.Lupakanlah cinta dunia yang melalaikan,carilah cinta dunia yang membawa kita dekat dengan Allah.

Menghampiri penghujung cerita,Suasana Islam yang cukup indah ditonjolkan.Kebanyakan watak sudah subur dengan aktiviti halaqoh atau usrah.Manisnya ukhuwah sesama sahabat cukup dirasai.Kemudian jalan cerita sampai ke penghujungnya tatkala semua watak sudah berkeluarga.Islam yang diterapkan dalam keluarga cukup menyeluruh.Anak2 dididik mengenal Allah sejak kecil lagi.Hafazan Quran menjadi rutin harian.Saling menasihati sesama adik-beradik cukup subur.Indahnya keluarga yang dibina atas dasar Islam.watak2 lain dalam novel ini termasuk Linda,Hindun ,Tasya,Fathil,Haniff,Kamal,Dr.Asrar,Dr.Hijriah dll.

Ana mencadangkan sesiapa yang ade masa terluang,bacalah novel ni.InsyaAllah,usai membaca kita akan berhajat untuk mencipta suasana Islam sekeliling kita,membina keluarga Islam dan melahirkan generasi Islam.Sejujurnya,novel berciri islamik sebegini harus diperbanyakkan agar remaja2 akan lebih terdidik untuk menegakkan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

Harga:Semenanjung Malaysia-RM 29.90

Sabah & Sarawak -RM 31.90


Akhirulkalam...

6 ulasan:

  1. dah baca novel ni. memang best n ada unsur motivasi!

    BalasPadam
  2. saya pun dah habis menguliti novel tautan hati ni
    memang memuatkan hati bertaut la
    sungguh menggugah jiwa
    saya cadangkan anda baca syabab dan seindah mawar berduri yer

    BalasPadam
  3. alhamdulillah syabab pun dah khatam...mawar berduri je x jumpe lg....Ana cadang plak bace pemilik cintaku selepas Allah dan rasul...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ramai dah bace...lagi masyuk kalau kita dapat praktik nilai2 Islam dalam kehidupan kita...

    BalasPadam