17 Jun 2010

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Sumber:
JAKIM(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)
Tarikh Keputusan:
2 Oct, 2009
Tarikh Mula Muzakarah:
2 Oct, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:
2 Oct, 2009
Oleh:
Muzakarah Kali Ke-88

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

2 ulasan:

  1. sekali sekala kita kena juga tau hukum hakam walaupun hal sesuatu tu nampak remeh jer kan...

    BalasPadam
  2. btol3x...kite kene sensitif takut2 perkara remeh ni bawaan adat yg x selari dengan syariat...

    BalasPadam